Home / TIPS /

5 TIPS PENGANTIN MUDAH SENYUM

5 TIPS PENGANTIN MUDAH SENYUM

July 24, 2015 @ 12:54 am
by azizanaziz
in TIPS
Comments are off for this post.

MUDAH-SENYUM

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/FEDbanner.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/ebookpercuma” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

[mashshare]


i) ANDA SEBAGAI JURUGAMBAR MESTILAH SENYUM SELALU

Pengantin akan mudah tersenyum jika anda sendiri murah dengan senyuman! Secara amnya anda tidak perlu menyuruh mereka untuk senyum jika anda sendiri memulakan penggambaran atau sesi portret dengan senyuman yang manis.

ii) BERITAHU PENGANTIN YANG MEREKA MEMANG ‘AWESOME’
Puji mereka berkali-kali kerana pujian anda akan membuatkan mereka berasa lebih yakin semasa penggambaran. Keyakinan yang tinggi akan membuatkan pengantin anda lebih senang untuk memberi senyuman. Ayat-ayat seperti “Perghh..pengantin saya hari ni memang ‘A’ lah…” atau “Susah nak dapat pengantin awesome macam you all” akan memudahkan kerja anda!

Susah nak buat posing untuk pengantin? Jangan risau penyelesaiannya ada di sini.

iii) TANYA SOALAN-SOALAN ‘GEMBIRA’ KEPADA PENGANTIN
Soalan-soalan seperti “Bagaimana you guys berjumpa/berkenalan?” atau “Lepas ni you guys plan nak honeymoon ke mana?” dan sebagainya akan membuatkan pengantin anda terbayangkan perkara-perkara yang indah dan ini akan membuatkan mereka tersenyum secara spontan.

iv) BERLAKON KETAWA
Minta pasangan pengantin membuat lakonan ketawa. Lagi kuat atau lagi ‘fake’ ketawa itu lagi bagus. Disinilah anda mengambil peluang untuk mendapatkan gambar terbaik, bukan semasa mereka berlakon ketawa TETAPI ketawa yang mereka hasilkan selepas lakonan itu. Maksudnya anda tunggu selepas mereka habis membuat atau berlakon ketawa ‘fake’ dan kemudian barulah anda shoot!

Ketahui beberapa gambar yang perlu ada untuk majlis akad, resepsi dan lain-lain lagi disini.

v) BUAT MUKA ‘SERIOUS’
Minta pengantin buat muka yang paling serious. Kalau boleh antara yang paling serious sepanjang hayat mereka. Sesiapa pun tak dibenarkan senyum dan jikalau ada yang tersenyum, mereka terpaksa ulangi proses yang sama. Sepanjang sesi ‘serious’ ini anda akan mendapat beberapa shot di mana pengantin tidak dapat menahan wajah serious mereka dan mereka akan ketawa secara tidak sengaja!

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/EFKbanner.jpg” link=”http://www.ebookfotokahwin.com” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

 

Di tulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas EbookFotoKahwin & DVD SiriFotografiPencahayaan)
www.azizanaziz.com

[mashshare]

Share this article

Comments are closed.