Home / TIPS /

5 TIPS PENTING TUGASAN PART 1

5 TIPS PENTING TUGASAN PART 1

September 2, 2015 @ 1:51 pm
by azizanaziz
in TIPS
Comments are off for this post.

TIPSTUGASAN1

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/FEDbanner.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/ebookpercuma” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

[mashshare]

 

i) Tiba awal di tempat majlis
Seelok-eloknya tiba di tempat majlis 15 – 30 minit lebih awal daripada masa yang dijanjikan. Ini memberi banyak masa untuk anda menyiapkan kelengkapan dan melihat persekitaran sekiranya tempat tersebut baru bagi anda . Anda juga mempunyai banyak masa untuk memeriksa kembali jadual aturcara jika ada perubahan di saat akhir. Jika tugasan out-station, tiba ditempat tugasan sehari / semalam lebih awal. Sebagai contoh, jika akad nikah 9 pagi di Kuala Lumpur, anda hendaklah tiba dari Penang semalam lebih awal. Rancang perjalanan dari tempat anda ke tempat majlis. Ambil kira masa tambahan untuk kesesakan lalulintas dan tersesat jalan. Guna kemudahan GPS jika anda memilikinya. Teknologi GPS banyak membantu dari segi merancang perjalanan ke tempat tugasan anda. Jika anda tidak mempunyai kemudahan GPS, kemudahan internet seperti Google Maps sebenarnya dapat menolong anda dari segi mencari lokasi majlis.

Ketahui  dengan tepat Gambar-gambar yang perlu ada dalam sesuatu majlis perkahwinan

ii) Beritahu kepada pengantin (melalui berjumpa, telefon atau sms) setelah anda tiba di tempat majlis.
Ini adalah sebagai bukti bahawa anda tiba tepat pada masa yang dipersetujui dan pada masa yang sama akan mengurangkan kebimbangan pihak pengantin kalau-kalau anda tiba lewat dari masa yang dijanjikan.

iii) Pastikan anda tidak berada dalam keadaan lapar
Sebelum memulakan sesuatu tugas, amalkan tabiat mengisi perut terlebih dahulu. Kerjaya jurugambar perkahwinan memerlukan tenaga yang banyak kerana anda akan bekerja selama 4-7 jam tanpa berhenti atau mungkin dengan hanya rehat yang pendek.

iv) Kenalpasti ahli keluarga terdekat pengantin
Kenal pasti ahli keluarga terdekat pengantin (ibu-bapa, adik beradik). Kenal pasti juga ahli keluarga / kawan-kawan lain yang gambarnya penting untuk pengantin. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda juga perlu mengenal pasti orang-orang yang mungkin tidak digemari atau tidak mahu diambil gambarnya oleh pengantin (jika ada). Ini untuk mengelakkan anda mengambil gambar individu-individu tersebut secara berlebihan kerana ingin mendapatkan gambar moment, kandid dan sebagainya.

Salah satu tips penting untuk mendapat ‘killer picture’ adalah mengetahui Teknik-teknik shooting yang betul

Dengan mengenali ibu-bapa dan a dik-beradik pengantin terlebih dahulu ianya akan memudahkan tugasan anda sebagai jurugambar kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk mengambil gambar semua orang yang hadir. Kebiasaannya, hanya gambar-gambar ini yang akan dipilih oleh pengantin untuk dimasukkan ke dalam album. Jadi anda tidak perlu membazirkan shutter count anda untuk mengambil gambar-gambar yang tidak diperlukan oleh pengantin. Walau bagaimanapun, anda di nasihatkan untuk mengambil gambar-gambar individu atau kumpulan yang banyak membantu menjayakan majlis tersebut. Sebagai contoh, jika majlis tersebut di adakan di kampung dan secara gotong royong, gambar-gambar tukang masak, tukang cuci pinggan dan sebagainya harus anda ambil sebagai gambar selamat. Ini adalah kerana gambar-gambar tersebut mempunyai nilai-nilainya tersendiri di mata pengantin.

v) Semak kembali konsep atau pakej yang dipersetujui dengan pihak pengantin untuk menyesuaikan diri anda dengan cara kerja
Ini bermaksud jika pengantin mengambil pakej sticky album /classical dengan had gambar sebanyak 120 keping (sebagai contoh) anda tidak perlu bekerja seperti pakej custom album di mana unlimited shots diperlukan.

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/EFKbanner.jpg” link=”http://www.ebookfotokahwin.com” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

 

Di tulis oleh:
Azizan Aziz (pengasas EbookFotoKahwin & DVD SiriFotografiPencahayaan)
www.azizanaziz.com

[mashshare]

Share this article

Comments are closed.