Home / TIPS /

5 TIPS PENTING TUGASAN PART 2

5 TIPS PENTING TUGASAN PART 2

September 10, 2015 @ 2:20 pm
by azizanaziz
in TIPS
Comments are off for this post.

TIPSTUGASAN2

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/BANNER-TEP.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/teknikportraitor” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]
[mashshare]

 

vi) Kenalpasti tempat di mana anda boleh membuat ‘gambar’
Lokasi di mana adik-beradik atau ahli keluarga pengantin berkumpul atau lokasi di mana potensi gambar moment adalah tinggi hendaklah dikenalpasti setelah anda sampai ke tempat majlis. Kebiasaanya ibu-bapa pengantin akan berkumpul di pintu masuk / berdekatan dengan pintu gerbang (arch ) untuk menyambut tetamu yang datang.

vii) Kenalpasti tempat yang mungkin memberi halangan untuk anda membuat ‘gambar’
Rekabentuk pelamin yang tertentu kadang-kadang menghalang anda untuk mendapat angle yang dikehendaki semasa mengambil gambar merenjis di atas pelamin. Dalam situasi ini pastikan anda mencari jalan penyelesaian sebelum pengantin tiba di pelamin. Mungkin anda terpaksa menukar lensa, kedudukan mengambil gambar dan sebagainya.

KETAHUI DENGAN MUDAH GAMBAR-GAMBAR PENTING YANG PERLU ADA DALAM SESUATU MAJLIS PERKAHWINAN

viii) Ubah lokasi sesuatu subjek jika latar belakangnya tidak sesuai
Sebagai contoh, mungkin meja kek diletakkan dengan meja DJ sebagai latar belakang. Ini akan menganggu komposisi anda semasa mengambil gambar pengantin memotong kek. Langkah yang terbaik adalah dengan mengubah meja kek ini terlebih dahulu sebelum pengantin tiba. Anda perlu berhati-hati dalam melakukan perkara-perkara seperti ini kerana berkemungkinan besar ada benda yang rosak akibat tindakan anda. Cara terbaik adalah dengan meminta pertolongan dari pihak keluarga pengantin. Tetapi jika dirasakan perkara tersebut susah untuk dilakukan atau mungkin boleh menyebabkan kerosakan lain, lebih baik dibiarkan saja.

TEKNIK MENGASAH MATA UNTUK MENDAPAT GAMBAR-GAMBAR DENGAN KOMPOSISI YANG MENARIK

ix) Beritahu pengantin jika anda ingin berehat sebentar, ingin menunaikan solat atau jika ada urusan lain
Perkara ini perlu di lakukan supaya pihak pengantin tidak tercari-cari anda ketika khidmat anda diperlukan, seperti semasa hendak mengambil gambar bersama kawan-kawan ataupun semasa ada moment yang dirasakan penting oleh pengantin.

x) Mengingatkan kembali kepada pasangan pengantin mengenai perjalanan majlis yang telah dipersetujui bersama
Jika anda telah mengatur pertemuan dengan pasangan pengantin sebelum hari majlis dan membuat penerangan ringkas (briefing) kepada mereka, pastikan semua perkara yang telah dipersetujui ini dipatuhi semasa hari majlis berlangsung. Sebagai contoh, katakanlah anda membuat perancangan untuk penggambaran luar pada pukul 5 petang, pastikan pasangan pengantin diberitahu setengah jam lebih awal supaya mereka tahu dan bersedia untuk penggambaran luar dan tidak melengah-lengahkan masa ataupun melakukan perkara lain.

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/EFKbanner.jpg” link=”http://www.ebookfotokahwin.com” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

 


 

[ut_one_half]profile[/ut_one_half]

[ut_one_half_last] Ditulis oleh: Azizan Aziz
Wedding website & packages:
www.azizanaziz.com/moments


Learn Wedding Photography:
www.ebookfotokahwin.com


Learn Studio & Outdoor Lighting:
www.azizanaziz.com/dvdlighting
Sms/whatsapp: 016-4102520 [/ut_one_half_last]

[mashshare]

Share this article

Comments are closed.