Home / TIPS /

5 JURUGAMBAR PERKAHWINAN YANG PATUT DIELAK

5 JURUGAMBAR PERKAHWINAN YANG PATUT DIELAK

November 19, 2015 @ 5:33 pm
by azizanaziz
in TIPS
Comments are off for this post.

ELAK2

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/FEDbanner.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/ebookpercuma” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

[mashshare]

 

1) Asyik melihat handphone setiap 5 minit semasa tugasan.
Jurugambar sepatutnya memberi tumpuan kepada tugasan dan merakamkan detik-detik penting pengantin. Membuat ‘live-update’ dan sebagainya memang disarankan tetapi biarlah oleh team member yang lain dan bukan dari jurugambar tersebut.  Segala urusan menjawab sms, whatsapp dan sebagainya boleh lah dilakukan ketika anda sedang berehat ataupun ketika ada masa terluang, itu pun jika perlu. Jika tidak anda boleh menunggu sehingga majlis selesai untuk melakukan semua itu.

2) Kerap berhenti untuk merokok.
Ini juga merupakan satu amalan yang tidak sopan dan tidak professional untuk seorang jurugambar majlis perkahwinan. Tidak salah untuk merokok (ataupun berhenti berehat seketika) tetapi mestilah pada masa yang sesuai dan tidak terlalu kerap. Mungkin sekali dua sudah memadai dan masa yang sesuai untuk mengambil ‘take-five’ adalah sewaktu acara-acara kemuncak sudah berakhir atau sewaktu pengantin sedang berehat. Walau bagaimana pun anda dinasihatkan supaya berlatih tidak merokok semasa menjalankan tugas. Ini adalah kerana sesetengah tempat majlis tidak membenarkan rokok sama sekali dan anda perlu patuh arahan ini.

LIHAT SENARAI GAMBAR PERKAHWINAN YANG PERLU UNTUK SETIAP MAJLIS

3) Langsung tidak berkomunikasi dengan pengantin atau person-in-charge semasa majlis.
Ini adalah penting kerana pengantin juga perlu tahu samada apa yang mereka lakukan sesuai atau tidak untuk jurugambar tersebut. Sebagai contoh, pengantin mungkin selalu memandang ke bawah atau bermasam muka dan sebagainya akibat perasaan gemuruh atau gementar. Jadi jurugambar perlu memaklumkan perkara ini kepada pengantin agar gambar-gambar mereka nanti nampak ceria. Ini juga untuk mengelakkan supaya jurugambar tidak dipersalahkan jika gambar-gambar yang dihasilkan nampak tidak menarik disebabkan oleh faktor di atas.

4) Terlalu mengawal majlis
Perkara ini adalah bertentangan dengan nombor (3) di atas. Perkara-perkara yang melibatkan urusan perjalanan majlis, terlalu mengawal pergerakan pengantin dan tidak memberi ruang kebebasan kepada pengantin adalah antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan hari bahagia mereka. Cuba sebaik mungkin untuk memberi kebebasan kepada pengantin supaya gambar yang terhasil nanti nampak natural.

PELAJARI 4 TEKNIK RAHSIA CARA SHOOT GAMBAR PERKAHWINAN

5) Asyik membuat ‘marketing’ ketika majlis berlangsung.
Jurugambar sebegini selalunya akan mencari bakal-bakal pelanggan baru mereka dan cuba mempromosikan servis mereka. Sekadar memberi business card adalah perkara biasa tetapi cuba berbual dalam masa yang agak lama dan dengan ramai ‘bakal pelanggan’ adalah satu perkara yang tak sepatutnya dilakukan. Anda boleh melakukan cara marketing lain seperti meletakkan banner dan business card anda pada satu sudut di tempat majlis ataupun memakai uniform / pakaian yang mempunyai nama serta maklumat lain syarikat anda.

BELAJAR TEKNIK KOMPOSISI CARA PRO DI SMARTPHONE!

Kesemua perkara di atas bukan sahaja patut diberi perhatian oleh OP (official photographer), malah assistant / second photographer, taggers dan sebagainya juga patut mengambil berat hal ini. Kesemua taggers dan 2nd photographer membawa nama syarikat OP semasa majlis dan semua perkara di atas boleh menjejaskan imej serta reputasi syarikat OP jika ianya berlaku.

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/EFKbanner.jpg” link=”http://www.ebookfotokahwin.com” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

 


 

[ut_one_half]profile[/ut_one_half]

[ut_one_half_last] Ditulis oleh: Azizan Aziz
Wedding website & packages:
www.azizanaziz.com/moments


Learn Wedding Photography:
www.ebookfotokahwin.com


Learn Studio & Outdoor Lighting:
www.azizanaziz.com/dvdlighting
Sms/whatsapp: 016-4102520 [/ut_one_half_last]

 

 

[mashshare]

 

Share this article

Comments are closed.