Home / TIPS /

TIPS ELAK KECURIAN BARANG KAMERA

TIPS ELAK KECURIAN BARANG KAMERA

November 24, 2015 @ 4:17 pm
by azizanaziz
in TIPS
Comments are off for this post.

TIPSCURI

[mashshare]
Sertai channel telegram untuk lebih banyak tips fotografi: www.telegram.me/tipsfoto

Seperti yang kita tahu, kes kecurian peralatan kamera semakin menjadi-jadi. Kes-kes kecurian seperti pecah kereta dan pecah rumah adalah dua perkara yang kerap kita dengar. Mungkin ada yang menganggap perkara kecurian ini adalah secara kebetulan, mungkin pencuri ini mencari mangsa secara ‘random’ dan mereka bernasib baik bila memecah kereta seorang jurugambar. Selain dari teori ‘alat pengesan’ yang boleh mengesan peralatan elektronik di dalam kereta dan sebagainya, ada lagi sebab mengapa pencuri-pencuri ini berjaya mengesan jurugambar-jurugambar yang membawa peralatan berpuluh malah ada yang beratus ribu ringgit di dalam kenderaan mereka.

Mari kita lihat berapakah nilai peralatan yang biasa dibawa oleh seseorang jurugambar itu:

Body kamera (RM3000-RM6000), jika 2 body (RM5000-rm10000), lensa (minima RM3000, purata RM5000), flash 2 unit (minima RM1000, purata RM2000), peralatan-peralatan lain (purata RM2000)

Ini belum lagi dikira peralatan komputer seperti laptop, hard disk dan lain-lain (minima RM3000, purata RM5000). Di sini kita dapat lihat nilai peralatan yang dibawah oleh seorang jurugambar sahaja boleh mencecah RM20,000-RM50,000. Bayangkan berapa yang pencuri ini boleh dapat dengan hanya kelalaian yang mungkin kita tidak sedar selama ini. Berikut adalah panduan untuk mengelakkan anda dari memberi ‘jalan’ kepada pencuri ini.

LIHAT SENARAI GAMBAR PERKAHWINAN YANG PERLU UNTUK SETIAP MAJLIS

1) Jangan upload gambar-gambar kesemua peralatan yang anda akan bawa untuk sesuatu tugasan¬†itu di media sosial seperti facebook atau instagram. Kerja pencuri menjadi mudah jika mereka tahu kereta apa yang anda akan gunakan dan di kawasan mana tugasan anda hari itu. Tabiat ‘menayang’ gajet di media sosial ini sebenarnya tidak memberi apa-apa faedah selain dari mengundang bahaya kepada diri anda.

2) Jangan menyimpan peralatan kamera anda di studio jika ciri-ciri keselamatan studio anda tidak diperketatkan. Jika studio anda berada di kawasan yang agak sunyi pada waktu malam ataupun jauh dari kedai-kedai lain yang beroperasi 24 jam, ini memudahkan lagi kerja-kerja pencuri ini. Alamat studio anda memang diketahui oleh semua orang kerana ini adalah perlu, jadi samada anda mahu atau tidak peralatan kamera tidak sepatutnya ditinggalkan di dalam studio terutama sekali waktu malam dan juga semasa hari cuti anda.


PERTAMA DI MALAYSIA! VIDEO TUTORIAL DALAM BAHASA MELAYU
[ut_one_third] [ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/bannerDVD1x.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/dvdlighting” effect=”slideInLeft” align=”center” target=”_blank”]

[/ut_one_third]

[ut_one_third] [ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/bannerDVD2x.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/dvdlighting” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

[/ut_one_third]

[ut_one_third_last] [ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/bannerDVD3x.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/dvdlighting” effect=”slideInRight” align=”center” target=”_blank”]

[/ut_one_third_last]

 


3) Jika anda menyimpan barang-barang fotografi di rumah, pastikan alamat rumah (atau fungsi share location pada media sosial) tidak disebarkan di media-media sosial. Dan sudah semestinya jika pencuri-pencuri ini tahu lokasi anda dan pada masa yang sama mereka tahu maklumat kenderaan yang anda gunakan, ini adalah bonus kepada mereka.

PELAJARI 4 TEKNIK RAHSIA CARA SHOOT GAMBAR PERKAHWINAN

4) Penggunaan sticker kereta seperti ‘I AM NIKON’ dan seumpama dengannya pada kenderaan boleh juga mengundang bahaya. Sticker seperti ini memberitahu bahawa pemilik kenderaan tersebut adalah seorang jurugambar atau sekurang-kurangnya seorang peminat fotografi dan mempunyai peralatan fotografi. Walaupun perkara ini nampak agak remeh tetapi tiada siapa yang tahu perancangan pencuri-pencuri ini.

BELAJAR TEKNIK KOMPOSISI CARA PRO DI SMARTPHONE!

5) Sekiranya semua perkara di atas anda tidak dapat elakkan, perkara terakhir yang perlu dilakukan adalah jangan biarkan peralatan fotografi jauh dari pandangan mata anda. Ini bermaksud jangan tinggal peralatan anda di dalam kereta walaupun sekejap. Cuba sedaya upaya untuk membawa peralatan ini bersama anda setiap masa.

Amalkan menyalin dan menyimpan kesemua serial number untuk peralatan terutama sekali body kamera dan lensa. Jika berlaku apa-apa kecurian, anda boleh hebahkan kesemua serial number ini di media sosial supaya jika ada yang terbeli atau tahu mengenai maklumat peralatan anda yang sudah dicuri itu mereka dapat menghubungi anda. Walaupun peluang adalah tipis, tetapi sekurang-kurangnya ini adalah perkara terakhir yang anda boleh lakukan.

Juga, amalkan menyimpan kad memori (jika anda baru sahaja habis tugasan) berasingan dari kamera atau beg kamera anda. Sekurang-kurangnya jika berlaku kecurian, anda tidak kehilangan gambar-gambar dari tugasan yang tidak boleh diulang semula.

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/EFKbanner.jpg” link=”http://www.ebookfotokahwin.com” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

 


 

[ut_one_half]profile[/ut_one_half]

[ut_one_half_last] Ditulis oleh: Azizan Aziz
Wedding website & packages:
www.azizanaziz.com/moments


Learn Wedding Photography:
www.ebookfotokahwin.com


Learn Studio & Outdoor Lighting:
www.azizanaziz.com/dvdlighting
Sms/whatsapp: 016-4102520 [/ut_one_half_last]

 

[mashshare]

 

Share this article

Comments are closed.