Home / TIPS /

5 TIPS TAG-ALONG PART 2

5 TIPS TAG-ALONG PART 2

November 28, 2015 @ 1:58 am
by azizanaziz
in TIPS
Comments are off for this post.

tagalong2

[mashshare]
Sertai channel telegram untuk lebih banyak tips fotografi: www.telegram.me/tipsfoto

vi) Bertanya kepada OP jika ada terma dan syarat (T&C)
Sesetengah OP mengenakan terma dan syarat kepada jurugambar-jurugambar yang ingin menyertai TA, seperti tidak boleh merokok semasa majlis, tidak berpakaian yang mempunyai nama / logo syarikat sendiri, hakcipata ke atas gambar-gambar yang diambil dan sebagainya.Jika OP tidak menetapkan apa-apa T&C, maklumkan kepada OP mengenai perancangan anda seperti pakaian apa yang akan dipakai semasa tugasan dan di mana anda akan gunakan gambar- gambar yang telah diambil (website, sebagai portfolio dan sebagainya).

vii) Bertanya kepada OP jika majlis tersebut mempunyai special requirement
Pastikan anda membuat persediaan yang sepatutnya jika majlis mempunya kod pakaian tertentu dan protokol-protokol yang mesti dipatuhi.

LIHAT SENARAI GAMBAR PERKAHWINAN YANG PERLU UNTUK SETIAP MAJLIS

viii) Promosikan syarikat OP jika perlu
Disinilah terletaknya budi bicara anda sebagai ‘tagger’ kepada seseorang OP. Seperti yang dimaklumkan, TA adalah peluang untuk anda belajar secara ‘live’ ataupun secara ‘hands-on practical’ bagaimana seseorang jurugambar itu mengendalikan sesuatu majlis perkahwinan. Jadi, mempromosikan syarikat OP merupakan salah satu cara untuk anda membalas budi OP yang memberi sedikit ilmu dan peluang untuk anda belajar. Walaupun ini bukan satu kemestian, tetapi untuk jangka masa panjang anda sebenarnya mengukuhkan ikatan persahabatan dengan jurugambar-jurugambar yang lain. Walaupun kadang-kala OP tidak meminta anda mempromosikan syarikat mereka, tidak pula bermakna anda boleh memberi kad perniagaan (business card) atau mempromosikan syarikat anda sendiri semasa majlis. Perbuatan ini dilihat sebagai tidak sesuai kerana anda sebenarnya berada di majlis yang dikendalikan oleh OP, bukannya anda. Dengan mempromosikan syarikat sendiri, anda juga sebenarnya mengelirukan tetamu yang datang kerana mereka mungkin suka dengan gaya, penampilan atau hasil dari OP tetapi disebabkan mereka mendapat kad perniagaan dari anda, mereka mungkin akan menganggap OP adalah dari syarikat yang sama. Masalah akan timbul jika pelanggan menghubungi anda dan bukan jurugambar rasmi untuk bertanya tentang pakej.

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/FEDbanner.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/ebookpercuma” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

ix) Beri gambar-gambar yang anda ambil kepada OP
Walaupun ini juga bukan satu kemestian, tetapi ia adalah salah satu cara untuk anda mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada OP. Walaupun kadang-kala OP selalunya tidak memerlukan gambar anda (kecuali di dalam keadaan tertentu), dengan memberi gambar-gambar ini anda sebenarnya membuka peluang untuk menunjukkan bakat anda dalam bidang fotografi perkahwinan (jika anda jurugambar baru) kepada OP dan mungkin berpeluang dilantik sebagai jurugambar kedua atau pembantu berbayar untuk majlis-majlis akan datang. Dengan memberi gambar-gambar ini juga anda boleh meminta OP untuk memberi sedikit komen dan pandangan (photo critics) ke atas hasil kerja anda.PELAJARI 4 TEKNIK RAHSIA CARA SHOOT GAMBAR PERKAHWINANx) Tidak membuat pembatalan di saat-saat akhir
Pembatalan disaat-saat akhir tidak digalakkan (kecuali atas situasi-situasi yang tidak dapat dielakkan) kerana ia akan menyusahkan OP, yang mungkin sudah membuat tempahan meja makan dengan pihak pengantin, atau OP mungkin sudah mengatur sesuatu tugasan untuk anda semasa majlis berlangsung dan sebagainya. Pastikan jadual anda betul-betul dikosongkan untuk sesi TA ini kerana jika sekali anda membuat pembatalan di saat-saat akhir atau tanpa alasan yang kukuh, peluang anda untuk TA dengan jurugambar yang sama adalah tipis di masa akan datang.

 

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/EFKbanner.jpg” link=”http://www.ebookfotokahwin.com” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

 


 

[ut_one_half]profile[/ut_one_half]

[ut_one_half_last] Ditulis oleh: Azizan Aziz
Wedding website & packages:
www.azizanaziz.com/moments


Learn Wedding Photography:
www.ebookfotokahwin.com


Learn Studio & Outdoor Lighting:
www.azizanaziz.com/dvdlighting
Sms/whatsapp: 016-4102520 [/ut_one_half_last]

[mashshare]

Share this article

Comments are closed.