Home / PRODUCT PHOTOGRAPHY /

PANDUAN RINGKAS PRODUCT PHOTOGRAPHY

PANDUAN RINGKAS PRODUCT PHOTOGRAPHY

November 29, 2015 @ 4:02 am
by azizanaziz
Comments are off for this post.

PRODUCT-SHOOTING

[mashshare]

Sertai channel telegram untuk lebih banyak tips fotografi: www.telegram.me/tipsfoto

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tutorial kali ini saya akan tunjukkan set-up peralatan untuk PRODUCT / CATALOGUE PHOTOGRAPHY. Product shooting selalunya diperlukan oleh syarikat-syarikat pasaraya (samada online atau offline) dan gambar-gambar produk yang diambil akan digunakan dalam promotional flyers/phamplets dan juga untuk online catalogue.

Kebiasaannya terdapat beratus mungkin beribu produk yang anda kena shoot, bergantung kepada keperluan syarikat tersebut dan juga bergantung juga kepada harga perkhidmatan anda. Tetapi secara amnya anda diperlukan untuk shoot sekurang-kurangnya 100 produk sehari dan mungkin maksima sehingga 400 produk sehari bergantung kepada kepakaran dan cara kerja anda. Saya akan tunjukkan set-up yang biasa saya gunakan untuk produk shoot ini.

 

01
Saya menggunakan sistem portable flash ataupun speedlight dalam kerja-kerja pencahayaan saya. Anda boleh gunakan lampu studio dan sebagainya bergantung kepada peralatan yang anda miliki. Saya memilih sistem portable flash ini kerana ianya mudah, ringan dan tidak rumit.

UNTUK TUTORIAL PENCAHAYAAN LENGKAP MENGGUNAKAN SISTEM INI BOLEH LIHAT DI SINI.

Saya menggunakan 3-light set-up iaitu 2 unit flash YN560 dan 1 unit nikon SB800. Anda bebas menggunakan mana-mana jenama flash kerana hanya mode manual yang digunakan.

 

02

03

Anda boleh menggunakan apa-apa meja yang difikirkan sesuai untuk meletakkan produk yang hendak di shoot. Saya menggunakan meja lipat bersaiz lebih kurang 2×5 kaki. Untuk backdrop pula saya menggunakan backdrop jenis kertas (seamless paper backdrop) kerana ianya tidak berkedut jika dibandingkan dengan backdrop yang diperbuat daripada kanvas ataupun kain.

Letak meja dan backdrop tadi supaya anda mendapat jarak antara subjek (produk) dan background dalam linkungan sekurang-kurangnya 3 kaki. Anda tidak digalakkan meletak subjek dan background terlalu dekat untuk mengelakkan masalah pencahayaan yang akan diterangkan dalam set-up seterusnya.


Jika anda belum lagi mendapatkan EBOOK PERCAHAYAAN PERCUMA dari saya, sila klik poster di bawah (abaikan jika anda sudah memilikinya):

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/11/PERCUMABANNER.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/ebookpercuma” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]


 

04
Disebabkan saya menggunakan sistem flash dalam set-up ini, jadi saya memerlukan peralatan tambahan untuk memastikan flash saya boleh digunakan dengan softbox studio. Softbox studio mempunyai speedring untuk digunakan dengan lampu studio dan bukannya dengan flash. Jadi saya memerlukan Flash Adaptor untuk menyambungkan flash tadi dengan softbox studio. Softbox yang digunakan adalah bersaiz medium (2.5×2.5 kaki).

SAYA ADA TUNJUKKAN DENGAN LENGKAP BAGAIMANA MENGGUNAKAN FLASH ADAPTOR INI DENGAN SISTEM SOFTBOX STUDIO DI SINI.

 

05
Selain menggunakan softbox studio (2 unit semuanya), saya juga menggunakan 1 unit octabox bersaiz 90cm sebagai background light untuk product shooting ini. Anda juga boleh menggunakan softbox untuk tujuan yang sama.

 

06
Saya menggunakan sistem wireless trigger untuk kamera berkomunikasi dengan flash. Satu unit transmitter (pemancar) di letakkan pada hotshoe di kamera dan satu lagi receiver (penerima) di letakkan pada salah satu unit flash tadi. Saya memilih untuk meletakkan receiver ini pada flash di octabox.

 

07
Berikut adalah set-up untuk 2 softbox studio yang berfungsi sebagai main light atau lampu utama kepada produk yang akan kita shoot. Kedudukannya adalah pada sudut 45 darjah di kiri dan kanan subjek (produk).

 

08
Ini pula adalah set-up lengkap dengan kedudukan octabox di hadapan dan di atas subjek. Fungsi octabox adalah sebagai background light di mana ianya diperlukan untuk mencerahkan kawasan background supaya background yang bewarna putih sepenuhnya dapat diperolehi. Sebab itu jarak antara background dan subjek mestilah cukup untuk memastikan supaya cahaya dari octabox ini tidak terkena pada subjek.

Untuk memahirkan diri dalam product shooting ini (dan apa-apa juga bidang pencahayaan) anda memerlukan kefahaman asas yang kukuh mengenai topik pencahayaan.

SAYA ADA MENYEDIAKAN TUTORIAL VIDEO PENCAHAYAAN di SINI di mana segala topik asas pencahayaan dan set-up peralatan yang mudah dan murah diterangkan.

Terima kasih kerana membaca tutorial saya kali ini.Jangan lupa untuk mendapatkan TIPS-TIPS FOTOGRAFI dari saya terus ke emel anda. Isi borang di SINI.


PERTAMA DI MALAYSIA! VIDEO TUTORIAL DALAM BAHASA MELAYU
[ut_one_third] [ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/bannerDVD1x.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/dvdlighting” effect=”slideInLeft” align=”center” target=”_blank”]

[/ut_one_third]

[ut_one_third] [ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/bannerDVD2x.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/dvdlighting” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

[/ut_one_third]

[ut_one_third_last] [ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/bannerDVD3x.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/dvdlighting” effect=”slideInRight” align=”center” target=”_blank”]

[/ut_one_third_last]

 


 

[ut_one_half]profile[/ut_one_half]

[ut_one_half_last] Ditulis oleh: Azizan Aziz
Wedding website & packages:
www.azizanaziz.com/moments


Learn Wedding Photography:
www.ebookfotokahwin.com


Learn Studio & Outdoor Lighting:
www.azizanaziz.com/dvdlighting
Sms/whatsapp: 016-4102520 [/ut_one_half_last]

[mashshare]

Share this article

Comments are closed.