Home / TIPS /

TIPS BERMAIN CAHAYA DI LOKASI LUAR

TIPS BERMAIN CAHAYA DI LOKASI LUAR

December 23, 2015 @ 2:27 am
by azizanaziz
in TIPS
Comments are off for this post.

 

04

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/FEDbanner.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/ebookpercuma” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

[mashshare]
Sertai channel telegram untuk lebih banyak tips fotografi: www.telegram.me/tipsfoto

Untuk artikel kali ini saya akan menunjukkan beberapa tips dan panduan untuk menghasilkan gambar seperti di bawah. Gambar tersebut menunjukkan seorang pekerja wanita berketurunan Cina di sebuah kilang membuat colok di Pulau Pinang.  Gambar ini diambil beberapa minggu sebelum Tahun Baru Cina.

joss

KESAN GAMBAR YANG DICARI-CARI SELAMA INI. PELAJARI RAHSIA TEKNIK EDITING PORTRAITOR.

Kawasan kilang colok ini agak gelap walaupun tidak berdinding. Ini adalah kerana kawasan sekelilingnya dipenuhi dengan colok-colok yang masih belum disiapkan. Seperti gambar-gambar sebelum ini, saya banyak menggunakan “Composite Technique” untuk menggabungkan subjek dan background.

01a

DOWNLOAD EBOOK PENCAHAYAAN PERCUMA BEHIND THE SCENES

Untuk gambar subjek, saya menggunakan 3-point lighting dimana mainlight terdiri daripada medium-size octabox (95cm) yang diletakkan pada hadapan dan pada ketinggian melebihi paras muka subjek, bare flash sebagai side / kicker light dan diletakkan pada arah berlawanan dengan main light, dan reflective umbrella (160cm) sebagai fill-light yang diletakkan pada arah yang hampir sama dengan kamera. Kedua-dua octabox dan reflective umbrella menggunakan  flash sebagai sumber cahaya dan terdapat 2 unit flash YN560 di dalamnya setiap satunya.

03

Untuk background pula beberapa gambar telah diambil dan gambar yang sesuai dipilih untuk dipadankan dengan gambar subjek dari segi komposisi dan juga arah pencahayaan. Gambar di atas dipilih berdasarkan kesesuaian dengan subjek dan juga arah cahaya. Ini dapat dilihat pada side light di bahagian kiri subjek yang seolah-olah menyamai cahaya matahari yang datang dari kawasan luar kilang. Kesan ‘ray of light’ yang anda lihat di atas dihasilkan dalam photoshop.

LASTX

Bahagian subjek diedit menggunakan TEKNIK EDITING PORTRAITOR di mana kesan 3D yang dihasilkan oleh pencahayaan 3-point tadi akan memberi ‘template’ untuk langkah editing seterusnya. Tutorial untuk teknik editing ini anda boleh lihat di SINI.

 

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/BANNER-TEP.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/teknikportraitor” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]


[ut_one_half]profile[/ut_one_half]

[ut_one_half_last] Ditulis oleh: Azizan Aziz
Wedding website & packages:
www.azizanaziz.com/moments


Learn Wedding Photography:
www.ebookfotokahwin.com


Learn Studio & Outdoor Lighting:
www.azizanaziz.com/dvdlighting
Sms/whatsapp: 016-4102520 [/ut_one_half_last]

[mashshare]

Share this article

Comments are closed.