Home / TIPS /

MIMPI NGERI JURUGAMBAR PERKAHWINAN PART 1

MIMPI NGERI JURUGAMBAR PERKAHWINAN PART 1

December 29, 2015 @ 6:54 pm
by azizanaziz
in TIPS
Comments are off for this post.

mimpingeri-web

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/FEDbanner.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/ebookpercuma” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

Sertai channel telegram untuk lebih banyak tips fotografi: www.telegram.me/tipsfoto

[mashshare]

1) TERTINGGAL ATAU TERLUPA MEMBAWA KAD MEMORI
Masalah yang sering terjadi jika jurugambar hanya mempunyai satu atau dua kad memori yang bersaiz besar di mana semua gambar diletakkan di dalam kad ini. Masalah ini boleh terjadi jika jurugambar membuat ‘transfer’ dari kad tersebut untuk tugasan sebelumnya dan terlupa mengeluarkan kad dari card reader. Untuk mengatasi masalah ini disarankan jurugambar sediakan satu kad memori yang boleh dijadikan sebagai ‘back-up’ dan disimpan pada mana-mana bahagian dalam beg kamera yang akan sentiasa ada bersama kamera. Pastikan kad ini tidak diusik atau digunakan. Hanya guna kad ini jika anda terlupa membawa kad utama ataupun ketika kad utama mengalami masalah.

2) KAD MEMORI ‘CORRUPTED’
Mimpi ngeri yang boleh terjadi semasa shooting ataupun selepas shooting. Punca kejadian kad ‘corrupted’ ini masih tidak dapat dikenalpasti kerana kad anda boleh rosak tanpa sebab tidak kira samada kad baru atau lama. Kebiasaannya ini sering terjadi kepada kad yang tidak berjenama tetapi jika anda menggunakan kad dari jenama yang terbaik pun kebarangkalian untuk mengalami masalah ini tetap ada. Tiada tips tertentu untuk mengatasi masalah ini cuma cara anda mengendalikan kad perlu dititikberatkan.

Jangan campur kad anda bersama-sama dengan bateri kamera atau bateri flash dan juga jangan letak berhampiran dengan handphone. Elak dari mematikan (off) kamera ketika kad sedang dibaca atau selepas gambar diambil di mana kad anda masih dalam ‘writing mode’. Jika masalah berlaku selepas shooting, cara terbaik adalah dengan menggunakan ‘recovery software’ yang boleh dibeli secara online untuk mendapatkan kembali isi kandungan kad tersebut. Tetapi anda perlu bersedia untuk kehilangan antara 30%-50% kandungan kad kerana ‘recovery software’ ini tidak boleh mendapatkan kesemua gambar dair kad anda.

SUDAH RAMAI JURUGAMBAR DI MALAYSIA MENJADIKAN TUTORIAL INI SEBAGAI RUJUKAN>

3) TERDAPAT OP/OV LAIN TANPA PENGETAHUAN PENGANTIN
Sering terjadi di mana ahli keluarga pengantin samada dari pihak lelaki atau perempuan, mencari jurugambar atau juruvideo lain tanpa pengetahuan pihak pengantin. Biasanya OP/OV kedua ini terdiri dari rakan baik ahli keluarga pengantin. OP/OV kedua ini sebenarnya tidak menjadi masalah besar cuma bagi pasangan pengantin mereka mungkin sukar untuk berkomunikasi atau berasa kekok dengan jurugambar yang mereka tidak kenali. Anda sebagai OP utama juga mungkin akan mengalami masalah dari segi kerjasama kerana masing-masing adalah OP majlis tersebut dan masig-masing ingin mendapatkan ‘best shot’ semasa majlis.

Dalam kes sebegini mungkin kerja anda sebagai OP utama akan terganggu sedikit walaupun masih boleh bekerjasama dengan mereka. Cara yang terbaik untuk mengatasi atau bersedia dengan masalah ini adalah dengan bertanya kepada pasangan pengantin jika mereka atau ahli keluarga mereka ada mengambil OP/OV yang lain selain dari anda semasa hari majlis. Jika ada, anda boleh bersedia dengan membawa pembantu atau jurugambar pembantu untuk menolong anda semasa hari majlis.

4) MASALAH KEROSAKAN PADA PERALATAN DAN KENDERAAN
Antara masalah biasa yang pernah di hadapi oleh jurugambar perkahwinan. Ada antaranya yang kita tidak dapat elakkan mungkin kerana tiada ‘tanda-tanda’ awal kerosakan. Ada juga berlaku kerana kita mengabaikan tanda-tanda awal tersebut. Walau bagaimana pun, untuk masalah kerosakan peralatan terutama sekali kamera dan flash, cara terbaik adalah dengan membawa ‘back-up’. Bagi flash ini mungkin tiada masalah kerana anda boleh membeli flash ‘third-party’ di mana harganya dalam linkungan Rm250-RM400 sahaja. Anda tidak perlu mencari back-up flash yang canggih, cukup sekadar mempunyai ‘manual-mode’ untuk anda guna ketika kecemasan. Bagi kamera pula, jika anda tidak mampu membeli set yang kedua anda boleh mencari 2nd photographer atau jurugambar pembantu.

JIKA ANDA INGIN LEBIH SERIUS DALAM KERJAYA FOTOGRAFI PERKAHWINAN, DISARANKAN ANDA MELIHAT TUTORIAL DI BAWAH YANG PENUH DENGAN INFORMASI!

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/EFKbanner.jpg” link=”http://www.ebookfotokahwin.com” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

 

Tugas mereka bukanlah mendapatkan shot-shot yang terbaik tetapi cukup untuk anda jadikan ‘back-up’ sekiranya terjadi apa-apa musibah pada peralatan. ‘Taggers’ juga boleh digunakan sebagi back-up jika anda tiada pilihan lain. Pada masa yang sama, taggers ini akan mendapat ilmu dan pengalaman dari anda. Jika kerosakan kenderaan pula, disarankan anda bergerak awal ke tempat lokasi dan jika berlaku sesuatu anda masih mempunyai masa untuk bertindak. Jika anda berada di luar kawasan, mencari pembantu jurugambar dari kawasan tersebut juga banyak membantu sekurang-kurangnya pembantu ini boleh sampai ke lokasi majlis terlebih dahulu. Juga mempunyai beberapa kenalan jurugambar (dan nombor handphone mereka) dari kawasan tersebut boleh membantu jika berlaku masalah kecemasan.

5) PENGANTIN MENUKAR TARIKH MAJLIS TANPA PENGETAHUAN JURUGAMBAR
Ini adalah perkara yang paling tidak disukai oleh jurugambar terutama sekali jika dilakukan ‘last minute’. Kebiasaannya seseorang jurugambar tersebut sudah pun menyusun jadual mereka sejak awal lagi. Jika tarikh yang ditukar oleh pengantin tersebut sudah pun penuh, merka terpaksa mencari jurugambar gantian bagi memenuhi tarikh baru ini. Ini masih lagi boleh diterima, tetapi ada kejadian di mana pengantin tidak memberitahu kepada jurugambar tentang pertukaran tarikh sehinggalah hari majlis tiba ataupun malam sebelum hari majlis! Jurugambar mungkin sudah bersiap sedia untuk bertolak ke lokasi majlis dan bila dihubungi barulah pengantin memberitahu yang tarikh majlis telah pun ditukar, dengan alasan pengantin terlupa untuk memaklumkan kepada jurugambar!

Ini mungkin mengakibatkan kerugian yang besar kepada jurugambar kerana jika diberitahu terlebih awal, jurugambar tersebut mungkin masih boleh menerima tempahan yang lain jika ada. Dalam situasi ini, syarat dan terma semasa mengambil tempahan mestilah kukuh. Jika berlaku pertukaran tarikh sebulan (atau 2 bulan) sebelum majlis (hanya sebagai contoh) jurugambar berhak mengenakan bayaran tambahan tertentu kepada pengantin. Sekurang-kurangnya ini akan memberi peringatan kepada pengantin sekira berlakunya pertukaran majlis, pihak pertama yang mereka akan hubungi adalah anda, jurugambar perkahwinan.

ANDA TIDAK BOLEH MENJADI PAKAR DALAM MASA SEHARI, SEKURANG-KURANGNYA ANDA MEMULAKAN LANGKAH MENJADI PAKAR HARI INI>


[ut_one_half]profile[/ut_one_half]

[ut_one_half_last] Ditulis oleh: Azizan Aziz
Wedding website & packages:
www.azizanaziz.com/moments


Learn Wedding Photography:
www.ebookfotokahwin.com


Learn Studio & Outdoor Lighting:
www.azizanaziz.com/dvdlighting
Sms/whatsapp: 016-4102520 [/ut_one_half_last]

[mashshare]

 

Share this article

Comments are closed.