Home /

[E-KURSUS] Intro

[ut_one_half]

azizanaziz [/ut_one_half]

[ut_one_half_last]

SALAM SEJAHTERA

Nama saya Azizan Aziz, jurugambar perkahwinan dan komersil sepenuh masa dan juga penulis Modul Lengkap Ebook Fotografi Perkahwinan. Terima kasih kerana anda dapat luangkan masa untuk membaca e-kursus yang saya buat khusus untuk pembaca yang melanggan emel dari saya.

Diharapkan dengan panduan dan nasihat saya ini anda akan dapat mengembangkan lagi perniagaan fotografi perkahwinan anda. Saya juga berharap anda akan mendapat lebih pelanggan dan sekaligus mengelak kesalahan-kesalahan umum yang biasa dilakukan oleh jurugambar perkahwinan. [/ut_one_half_last]

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan topik-topik dalam e-kursus atau apa saja persoalan mengenai fotografi perkahwinan, anda bolehlah menghubungi saya melalui emel admin@ebookfotografi.com atau melalui sms atau whatsapp 016-4102520.

Jika anda suka dengan e-kursus ini dan mahukan lebih ramai lagi jurugambar perkahwinan di luar sana mendapat maklumat berguna ini, anda boleh membawa mereka ke link ini LINK DOWNLOAD EBOOK PERCUMA untuk mereka mendaftar dan menerima emel dari saya.

Terima kasih sekali lagi di atas minat dan kesungguhan anda!
Salam hormat,
Azizan Aziz

 

PENGENALAN

Perkara yang paling sukar untuk dalam apa jua perniagaan baru adalah untuk menarik pelanggan yang betul-betul memerlukan servis atau produk anda. Dengan menarik pelanggan-pelanggan ini, anda akan dapat membina portfolio untuk menarik lebih ramai lagi bakal pengantin dan sekaligus melonjak naik nama perniagaan anda.

Dari semasa kesemasa saya melihat 5 kesalahan besar yang banyak dilakukan oleh jurugambar baru yang mengakibatkan mereka kehilangan bakal pelanggan, yang mana semua kesalahan ini dapat dielakkan dengan mudah!

Anda perlu membuat perubahan yang mungkin mengambil sedikit masa, tetapi kebanyakannya adalah mudah untuk dilaksanakan dan tidak memerlukan apa-apa kos tambahan. Perubahan-perubahan ini bakal memberi impak yang besar kepada perniagaan anda.

 

BERIKUT ADALAH 5 KESALAHAN BESAR YANG MENYEBABKAN ANDA RUGI DALAM BISNES FOTOGRAFI PERKAHWINAN:

  • Pelanggan anda ‘blur’
  • Pelanggan anda keliru dengan pilihan yang terlalu banyak
  • Khidmat pelanggan anda amat teruk
  • Anda nak jadi macam-macam untuk semua orang
  • Anda tidak beri apa yang sebenarnya pelanggan mahu

Setiap 5 kesalahan besar ini beserta teknik untuk membuatkan pelanggan supaya ‘gila’kan anda nanti saya akan kupas dalam topik yang berikutnya. Pastikan anda periksa emel anda dari semasa ke semasa kerana link untuk topik seterusnya akan diberi dalam emel anda.

Terima kasih sekali lagi kerana berminat untuk mengikuti e-kursus ini! Diharapkan anda dapat bersabar untuk mengikuti sambungan topik seterusnya.

LINK UNTUK SAMBUNGAN E-KURSUS INI AKAN DIBERIKAN DALAM EMEL ANDA


 

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2016/01/JOMGUDANG.jpg” link=”http://www.ebookfotokahwin.com” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]