Home /

E-Kursus-5-kesalahan-besar-part 1

1. PELANGGAN ANDA ‘BLUR’

 

Baru-baru ini saya mendapat pertanyaan harga dari seorang bakal pengantin untuk servis fotografi perkahwinan bagi tahun 2016. Pertanyaan tersebut adalah melalui Whatsapp. Setelah  memberi anggaran harga pakej (pakej fotografi perkahwinan saya bermula dengan harga RM3000 untuk 1 majlis resepsi dan akad nikah), pelanggan tersebut memberi tahu saya yang dia ada menerima harga yang jauh lebih rendah dari 3 jurugambar lain.

 

[ut_one_half]

 

Harga yang diterimanya adalah dalam lingkungan RM1000-Rm1800 untuk pakej yang sama ditawarkan oleh saya. Seperti biasa selepas mengucapkan terima kasih kepada pelanggan ini, saya pun bertanya siapakah 3 jurugambar lain yang memberikan harga yang jauh lebih rendah itu.

 

Pada awalnya pelanggan tersebut teragak-agak untuk memberitahu saya. Tetapi akhirnya dia terus membalas whatsapp saya dengan tiga nama jurugambar, 2 daripadanya mempunyai website/blog dan seorang lagi hanya ada facebook page, itu pun hanya 400 likes sahaja.

 

Setelah saya melihat contoh kerja ketiga-tiga jurugambar ini, amat ketara sekali bahawa bakal pengantin ini kurang kemahiran dari segi ‘melihat’ gambar dan mungkin juga tidak tahu apa yang sebenarnya yang dia inginkan dari jurugambar-jurugambar  tersebut.

 

Kualiti gambar ketiga-tiga jurugambar tersebut boleh dikatakan agak baik tetapi ada juga yang nampak seperti jurugambar perkahwinan yang baru nak bermula. Ada yang sampai terlebih ‘photoshop’ sehinggakan gambar asal lebih elok dari yang di edit.

 

Di sini kita dapat simpulkan yang kebanyakkan orang tidak dapat membezakan manakah gambar yang cantik, gambar yang mempunyai moment dan emosi dan manakah gambar yang ‘kosong’. Jika anda nak berjaya dalam bidang perniagaan ini (fotografi perkahwinan) ada sesuatu yang anda perlu belajar dan terima hakikatnya.
[/ut_one_half]

[ut_one_half_last]DSC_6099x [/ut_one_half_last]

KEJAYAAN PERNIAGAAN ANDA TIADA KAITAN DENGAN KUALITI GAMBAR ANDA

 

Anda boleh hasilkan gambar yang paling cantik dan ‘gempak’ tetapi ini bukanlah ‘lesen’ untuk kejayaan anda.

Tetapi yang paling penting adalah cara anda ‘EDUCATE’ bakal-bakal pelanggan.

Cuba kenang kembali sewaktu anda mula-mula nak beli barang yang anda tidak pernah beli sebelum ini. Paling mudah, ingat kembali masa anda nak membeli DSLR anda yang pertama. Apakah dalam fikiran anda ketika itu? HARGA bukan?

Jika anda ‘compare’ 2 DSLR yang sama saiz dan letak sebelah menyebelah, kedua-duanya boleh menghasilkan perkara yang sama – kedua-duanya boleh digunakan untuk mengambil gambar. Tetapi mengapa anda perlu bayar lebih untuk satu kamera berbeza dengan kamera yang lain?

Disini dapat kita simpulkan, jika anda tak lihat apa kelebihan kamera yang mahal tersebut, anda akan melihat pada harganya saja dan terus membeli kamera yang murah.

 

[ut_one_half]DSC_4303[/ut_one_half]

[ut_one_half_last]

 

Tetapi jika anda tahu apa yang anda mahu dari sebuah kamera (saiz sensor, resolution, maximum iso dan lain-lain) anda boleh membuat pilihan lebih bijak dan harga bukanlah penentu utama.

 

Jadi, pernahkan anda memberitahu kepada bakal pelanggan anda kenapa harga anda tinggi berbanding dengan jurugambar lain yang gambarnya anda rasa tidak layak dipanggil gambar kahwin?

 

Jika pelanggan anda tidak tahu apa yang mereka mahukan, jadi bukanlah salah mereka untuk memilih jurugambar yang sedia ada dengan harga pakej yang paling murah dan dengan kualiti kerja yang amat menyedihkan.

 

Beri bakal pelanggan anda SEBAB. Beritahu mereka mengapa anda LEBIH BAGUS. Tunjukkan kepada mereka yang anda memang BERBALOI.

 

Dan sememangnya anda BERBALOI!

 

Pelanggan yang menghargai nilai fotografi dan juga nilai gambar yang anda ambil akan sanggup membayar lebih untuk mendapatkan semua itu dari anda.

[/ut_one_half_last]

 

FAEDAH VS KELEBIHAN

 

Semasa memberitahu kepada bakal pelanggan mengapa mereka perlu memilih anda, pastikan anda menekankan ‘faedah’ dan bukan ‘kelebihan’ semata-mata.

Kelebihan adalah ‘apa’ yang anda beri, manakala faedah pula adalah ‘apa’ yang mereka (pelanggan) rasa. Mari kita lihat bagaimana untuk memberitahu perkara-perkara ini kepada bakal pengantin.

Kelebihan:
Jurugambar yang berpengalaman selama 10 tahun dan sudah mengambil gambar hampir 600 pasangan pengantin.
Faedah:
Bakal pengantin akan berasa selamat kerana dalam masa 10 tahun dengan seramai 600 pengantin, anda semestinya sudah alami pelbagai masalah dan TAHU jalan penyelesaian untuk segala masalah. Anda juga tahu semua selok belok majlis tak kira samada di dewan atau di rumah. Anda juga arif dengan pengetahuan teknikal untuk segala situasi yang mencabar.

Kelebihan:
Menghasilkan album dengan kualiti kertas professional dan cetakan yang kalis air dan kalis uv.
Faedah:
Pengantin akan rasa senang hati kerana album mereka akan tahan lama hingga ke anak cucu dan tidak perlu risau masalah warna luntur atau album nampak kusam.

Nampak tak perbezaannya? Tak siapa pun kisah jika anda ada pengalaman 100 tahun sekalipun, tetapi apa yang anda beri (faedah) dengan pengalaman tersebut, itu yang lebih bermakna kepada pengantin.

Selalu fikirkan tentang FAEDAH. Jika pelanggan berminat dengan FAEDAH yang anda tawarkan, mereka akan terpikat dan berasa lebih gembira untuk menghulurkan wang mereka kepada anda.

Saya harap apa yang diterangkan pada bahagian ini akan memberi manfaat kepada anda. Semoga ilmu yang tak seberapa ini boleh memberi impak yang besar ke atas perniagaan fotografi perkahwinan anda. Nantikan pengumuman saya melalui emel untuk topik seterusnya.

TOPIK SEBELUM INI: INTRO

TOPIK SELEPAS INI: PELANGGAN ANDA KELIRU DENGAN PILIHAN YANG TERLALU BANYAK

Terima kasih sekali lagi kerana berminat untuk mengikuti e-kursus ini! Diharapkan anda dapat bersabar untuk mengikuti sambungan topik seterusnya.

LINK UNTUK SAMBUNGAN E-KURSUS INI AKAN DIBERIKAN DALAM EMEL ANDA


[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/EFKbanner.jpg” link=”http://www.ebookfotokahwin.com” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]