Home /

E-Kursus-5-kesalahan-besar-part 2

2. PELANGGAN ANDA KELIRU DENGAN PILIHAN YANG TERLALU BANYAK

Salah satu sebab yang saya lihat mengapa ramai jurugambar kehilangan bakal pengantin adalah melalui kekeliruan dan kekusutan yang dialami oleh pihak pelanggan. Sebagai jurugambar anda perlulah pastikan pelanggan boleh berurusan secara mudah dengan anda dalam proses mereka milih jurugambar perkahwinan.

Pernah tak anda terfikir, berapa kali anda dan pelanggan terpaksa berbalas emel semata-mata untuk uruskan perkara yang kecil ataupun menyelesaikan persoalan yang remeh?

Bagaimana cara nak permudahkan semua ini?

Setiap kali bakal pengantin perlu melakukan sesuatu, samada sekecil-kecil perkara seperti klik pada beberapa link di website anda atau pun mereka terpaksa berjumpa dengan anda semata nak selesaikan urusan kecil, besar kemungkinan perkara-perkara ini semua boleh mengakibatkan anda kehilangan ‘sale’.

pengantin-arrival

 

[ut_one_half]

IDEA BAGAIMANA UNTUK MEMUDAHKAN KERJA

 

Pelanggan selalunya akan bertanya soalan-soalan yang sama kepada anda. Sediakan satu ruangan FAQ (Frequently Asked Questions) pada website, blog atau pada sebutharga yang anda berikan pada pelanggan . Kebiasaannya kandungan FAQ adalah jawapan kepada soalan-soalan lazim yang biasa ditanya oleh bakal pelanggan anda.

Jika bertanya soalan kepada bakal pengantin melalui emel atau sms, seelok-eloknya berikan mereka pilihan A atau B untuk bakal jawapan yang akan diterima dari mereka. Sebagai contoh, jangan tanya soalan “Nak album yang macam mana?” atau “Nak tambah berapa mukasurat dalam album?” tapi tanya soalan-soalan yang mempunya pilihan jawapan seperti “Nak custom album kristal atau photobook?” atau “Nak tambahan 10 atau 20 mukasurat?”.

Selain dari berbalas banyak emel, cara yang terbaik adalah melalui panggilan telefon untuk soalan atau perkara yang mudah yang kebiasaannya mengambil masa 2-3 hari untuk berbalas emel tetapi boleh diselesaikan melalui panggilan telefon selama tak sampai 5 minit.

[/ut_one_half]

[ut_one_half_last]belajar-fotokahwin-kandid

KLIK UNTUK 4 TEKNIK RAHSIA GAMBAR KANDID

[/ut_one_half_last]

WEBSITE ANDA TIDAK MESRA PENGANTIN

Pastikan bakal pengantin mudah mencari info yang mereka kehendaki pada website atau blog fotografi perkahwinan anda.

Mungkin anda sendiri sebagai pemilik website sudah biasa dengan selok-belok di dalamnyatetapi sebaliknya pula untuk pelanggan yang baru pertama kali melayari website anda. Pastikan segala capaian link untuk melihat pakej atau untuk menghungi anda jelas dan mudah dicari oleh bakal pelanggan.

Kebiasaannya bakal pengantin ingin melihat samada gambar-gambar anda menepati citarasa mereka dan juga cara untuk mereka menghubungi anda bagi mendapatkan sebutharga. Cara terbaik untuk menguji samada website anda mesra pelanggan atau tidak adalah dengan menyuruh rakan atau kenalan yang belum pernah melihat atau melayari website anda supaya mereka mencari info-info yang disebutkan tadi pada website tersebut. Jika rakan anda tadi mengalami kesukaran atau mengambil masa yang lama ini bermakna website anda perlu diperbaiki. Semakin sukar bakal pelanggan mendapatkan info-info ini pada website anda semakin tinggi kebarangkalian mereka berubah ke website jurugambar perkahwinan yang lain.

pengantin-salam

MINDA YANG KELIRU SUSAH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN

Pastikan senarai harga di dalam pakej anda mudah difahami. Jika diberi dengan terlalu banyak pilihan atau ‘option’, pengantin akan berasa ‘keliru’dan tidak boleh membuat pilihan dengan baik dan seterusnya terus rasa tidak berminat.

Pernah tak anda pergi ke mana-mana kedai makan dan diberikan senarai menu yang terlalu banyak dan ‘complicated’?

Anda mungkin nak cuba beberapa jenis makanan tetapi jika terlalu banyak pilihan, ianya akan membuat anda rasa susah untuk memilih makanan kesukaan anda dan akhirnya bila makanan itu sampai ianya bukanlah menu sebenarnya yang anda inginkan.

Jangan beri semua pilihan yang anda ada kepada bakal pengantin!

Walaupun anda rasa nak buktikan kepada pelanggan yang anda ada semua jenis pakej yang jurugambar lain tak ada, tetapi sebenarnya anda akan lebih selamat jika hanya memberi pilihan yang penting dan apa yang dirasakan perlu untuk pengantin sahaja.

Sebagai contoh, beri pengantin pilihan 2 jenis album dengan 2 jenis saiz sahaja. Dari segi mukasurat anda boleh tetapkan supaya semuanya sama untuk pilihan di atas. Jika pelanggan mahukan lebih mukasurat anda boleh tawarkan pilihan samada tambahan 10 atau 20 mukasurat. Anda juga boleh tawarkan 2 pilihan saiz bingkai gambar jika ianya termasuk dalam senarai pakej anda.

Permudahkan senarai pakej fotografi anda. Hanya senaraikan perkara-perkara yang anda rasakan terbaik untuk dipilih oleh bakal pengantin dan pada masa yang sama anda rasa bersemangat untuk mempromosikannya.

TOPIK-TOPIK SEBELUM INI:

INTRO

PELANGGAN ANDA BLUR

TOPIK SELEPAS INI: KHIDMAT PELANGGAN ANDA AMAT TERUK

Terima kasih sekali lagi kerana berminat untuk mengikuti e-kursus ini! Diharapkan anda dapat bersabar untuk mengikuti sambungan topik seterusnya.

LINK UNTUK SAMBUNGAN E-KURSUS INI AKAN DIBERIKAN DALAM EMEL ANDA


[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/EFKbanner.jpg” link=”http://www.ebookfotokahwin.com” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]