TIPS02
" Antara kesilapan besar majlis perkahwinan yang hanya disedari pengantin selepas majlis selesai adalah hasil-hasil gambar yang tidak sama seperti yang dijanjikan..."
5 JENIS JURUGAMBAR PERKAHWINAN
YANG PATUT DIELAKKAN OLEH BAKAL PENGANTIN

Dalam mencari jurugambar untuk merakam saat-saat indah hari bahagia, ramai bakal pengantin terlepas pandang beberapa perkara yang remeh tapi amat penting dari segi sikap jurugambar. Ramai yang melihat hanya pada hasil kerja ataupun pada harga pakej tetapi dari segi 'professionalisme' tak ramai jurugambar menitik-beratkan perkara ini.

Berikut adalah 5 perkara sebagai panduan untuk bakal-bakal pengantin memilih jurugambar untuk hari majlis nanti. Kesemua 5 perkara ini dapat di lihat semasa jurugambar tersebut membuat tugasan dalam satu-satu majlis. Jadi selepas ini jika anda menghadiri mana-mana majlis perkahwinan cuba perhatikan sikap jurugambar yang bertugas!

1) Asyik melihat handphone setiap 5 minit semasa tugasan.
Jurugambar sepatutnya memberi tumpuan kepada tugasan dan merakamkan detik-detik penting pengantin. Membuat ‘live-update’ dan sebagainya memang disarankan tetapi biarlah oleh team member yang lain dan bukan dari jurugambar tersebut. Segala urusan menjawab sms, whatsapp dan sebagainya boleh lah dilakukan ketika anda sedang berehat ataupun ketika ada masa terluang, itu pun jika perlu. Jika tidak anda boleh menunggu sehingga majlis selesai untuk melakukan semua itu.
2) Kerap berhenti untuk merokok
Ini juga merupakan satu amalan yang tidak sopan dan tidak professional untuk seorang jurugambar majlis perkahwinan. Tidak salah untuk merokok (ataupun berhenti berehat seketika) tetapi mestilah pada masa yang sesuai dan tidak terlalu kerap. Mungkin sekali dua sudah memadai dan masa yang sesuai untuk mengambil ‘take-five’ adalah sewaktu acara-acara kemuncak sudah berakhir atau sewaktu pengantin sedang berehat. Walau bagaimana pun anda dinasihatkan supaya berlatih tidak merokok semasa menjalankan tugas. Ini adalah kerana sesetengah tempat majlis tidak membenarkan rokok sama sekali dan anda perlu patuh arahan ini.
3) Langsung tidak berkomunikasi dengan pengantin atau person-in-charge semasa majlis.
Ini adalah penting kerana pengantin juga perlu tahu samada apa yang mereka lakukan sesuai atau tidak untuk jurugambar tersebut. Sebagai contoh, pengantin mungkin selalu memandang ke bawah atau bermasam muka dan sebagainya akibat perasaan gemuruh atau gementar. Jadi jurugambar perlu memaklumkan perkara ini kepada pengantin agar gambar-gambar mereka nanti nampak ceria. Ini juga untuk mengelakkan supaya jurugambar tidak dipersalahkan jika gambar-gambar yang dihasilkan nampak tidak menarik disebabkan oleh faktor di atas.
4) Terlalu mengawal majlis Perkara ini adalah bertentangan dengan nombor (3) di atas.
Perkara-perkara yang melibatkan urusan perjalanan majlis, terlalu mengawal pergerakan pengantin dan tidak memberi ruang kebebasan kepada pengantin adalah antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan hari bahagia mereka. Cuba sebaik mungkin untuk memberi kebebasan kepada pengantin supaya gambar yang terhasil nanti nampak natural.
5) Asyik membuat ‘marketing’ ketika majlis berlangsung.

Jurugambar sebegini selalunya akan mencari bakal-bakal pelanggan baru mereka dan cuba mempromosikan servis mereka. Sekadar memberi business card adalah perkara biasa tetapi cuba berbual dalam masa yang agak lama dan dengan ramai ‘bakal pelanggan’ adalah satu perkara yang tak sepatutnya dilakukan. Anda boleh melakukan cara marketing lain seperti meletakkan banner dan business card anda pada satu sudut di tempat majlis ataupun memakai uniform / pakaian yang mempunyai nama serta maklumat lain syarikat anda.

Kesemua perkara di atas bukan sahaja patut diberi perhatian oleh OP (official photographer), malah assistant / second photographer, taggers dan sebagainya juga patut mengambil berat hal ini. Kesemua taggers dan 2nd photographer membawa nama syarikat OP semasa majlis dan semua perkara di atas boleh menjejaskan imej serta reputasi syarikat OP jika ianya berlaku.

Jangan baca sorang-sorang...SHARE dengan kawan-kawan:

Ditulis oleh: Azizan Aziz (Jurugambar Perkahwinan Penang)

Jurugambar perkahwinan malaysia, jurugambar perkahwinan pulau pinang, jurugambar perkahwinan penang, pakej fotografi perkahwinan penang, wedding photographer malaysia, wedding photographer penang, jurugambar perkahwinan kedah, gambar kahwin, gambar kahwin cantik, fotografi perkahwinan, fotografer perkahwinan, fotokahwin, pakekj fotografi perkahwinan, jurugambar utara, jurugambar perkahwinan utara, jurugambar perkahwinan sungai petani, jurugambar perkahwinan kedah