TIPS-AKA

"ramai bakal pengantin meletakkan fotografi sebagai perkara terakhir, tapi selepas majlis habis satu-satunya perkara yang kekal adalah gambar-gambar kahwin manakala yang lain semua hanyalah sewaan (pinjaman) dan kena pulangkan balik"

PANDUAN PENGANTIN UNTUK DAPAT GAMBAR CANTIK SEMASA MAJLIS PERNIKAHAN

1) Pengantin perempuan jangan duduk terlalu jauh ke belakang dari pengantin lelaki semasa majlis akad nikah. Ini adalah untuk memastikan jurugambar dapat memasukkan kedua-dua pengantin di dalam satu gambar untuk shot tertentu. Jika tidak pasti kedudukan yang sebenarnya untuk pengantin perempuan, sila bertanya dengan jurugambar terlebih dahulu. Dinasihatkan supaya pengantin datang awal ke masjid / dewan pernikahan supaya dapat memilih tempat duduk yang sesuai.

2) Bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan, kurangkan memandang ke bawah atau terlalu menunjukkan muka yang serius. Perasaan gementar, darah gemuruh dan sebagainya adalah perkara biasa dalam majlis akad nikah. Sentiasa tenangkan diri anda dan fikirkan perkara-perkara positif. Cuba untuk berlakon ‘senyum’ kerana senyuman dari anda akan membawa impak besar kepada keseluruhan majlis. Anda (pengantin lelaki) merupakan ‘pusat tumpuan’ pada waktu itu. Keseluruhan majlis akan menjadi mudah dan berjalan lancar jika anda tidak kedekut dengan senyuman!

3) Pastikan anda sampai awal di masjid, sekurang-kurangnya 15-30 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan. Pastikan juga semua dokumen yang diperlukan diperiksa terlebih dahulu. Kekalutan akibat tiba lewat atau tertinggal dokumen penting akan memberi kesan kepada gambar-gambar anda nanti. Disamping perasaan gemuruh yang sedia ada, anda mungkin merasa ‘down’ dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jurugambar yang bertugas dari segi interaksi anda dengan jurugambar tersebut.

4) Cara terbaik untuk kelihatan ceria semasa majlis akad nikah adalah dengan membawa 3 atau 4 orang rakan baik yang betul-betul rapat dengan anda. Percaya atau tidak perasaan gemuruh anda akan hilang tanpa anda sedari. Anda boleh berbual atau bergurau dengan mereka untuk menghilangkan perasaan gementar tadi. Pastikan rakan-rakan anda ini sentiasa bersama anda dari mula hinggalah akhir majlis.

5) Untuk pengantin perempuan, pastikan ibu anda dan adik beradik perempuan yang lain berada dekat dengan anda disamping rakan-rakan baik anda. Ini adalah untuk memastikan setiap gambar anda nanti akan disertai dengan gambar-gambar mereka sekali dan setiap moments mereka tidak akan terlepas dari jurugambar.

Akhir sekali, antara tips yang paling bagus adalah dengan mencari jurugambar perkahwinan yang betul-betul professional dan berpengalaman untuk merakamkan saat-saat indah hari bahagia anda.  Semua tips di atas akan menjadi sia-sia jika jurugambar yang anda pilih masih lagi baru dalam bidang ini.

Jangan baca sorang-sorang...SHARE dengan kawan-kawan:

Ditulis oleh: Azizan Aziz (Jurugambar Perkahwinan Penang)

Jurugambar perkahwinan malaysia, jurugambar perkahwinan pulau pinang, jurugambar perkahwinan penang, pakej fotografi perkahwinan penang, wedding photographer malaysia, wedding photographer penang, jurugambar perkahwinan kedah, gambar kahwin, gambar kahwin cantik, fotografi perkahwinan, fotografer perkahwinan, fotokahwin, pakekj fotografi perkahwinan, jurugambar utara, jurugambar perkahwinan utara, jurugambar perkahwinan sungai petani, jurugambar perkahwinan kedah