tips-resepsi

"ramai bakal pengantin meletakkan fotografi sebagai perkara terakhir, tapi selepas majlis habis satu-satunya perkara yang kekal adalah gambar-gambar kahwin manakala yang lain semua hanyalah sewaan (pinjaman) dan kena pulangkan balik"

PANDUAN PENGANTIN UNTUK DAPAT GAMBAR CANTIK SEMASA MAJLIS RESEPSI

1) Pastikan jurugambar anda diberitahu terlebih dahulu tentang aturcara majlis. Ini adalah amat penting jika majlis anda terdapat acara-acara tambahan seperti pertunjukkan silat, tarian dan sebagainya yang mungkin penting bagi jurugambar untuk membuat persediaan dari segi ‘shooting angle’, set-up peralatan, lokasi penggambaran dan sebagainya. 

2) Sila beritahu jurugambar anda jika terdapat team jurugambar lain atau pun anda ada menempah juruvideo berasingan. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda bekerjasama dengan jurugambar / juruvideo tersebut. Cara kerja dan ‘style’ yang berlainan kadang-kadang boleh menyusahkan kedua-dua pihak. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu dahulu nama-nama jurugambar / juruvideo yang turut bertugas di hari majlis anda. Perbincangan awal mungkin boleh diadakan untuk memastikan proses merakam hari bahagia anda berjalan lancar. 

3) Disamping jurugambar / juruvideo tambahan, kehadiran jurugambar - jurugambar lain dikalangan saudara-mara dan rakan - rakan pihak pengantin jugak kadang-kadang boleh mendatangkan masalah kepada jurugambar yang bertugas. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu mereka terlebih dahulu supaya memberi laluan kepada jurugambar utama dalam apa-apa situasi pun supaya tiada gambar atau ‘moments’ penting yang terlepas.

4) Kedua-dua pengantin dinasihatkan supaya mempunyai lebih ‘eye-contact’ dengan orang-orang sekeliling semasa majlis berlangsung. Ini bermaksud pengantin tidak selalu tunduk dan memandang ke bawah sepanjang masa (sama seperti perkara no.2 sebelum ini). Saat-saat seperti berjalan semasa ketibaan, semasa bersanding di pelamin dan semasa berada di meja makan beradab adalah saat terbaik untuk jurugambar merakamkan keceriaan dan kegembiraan anda semasa hari majlis.

5) Jika jurugambar anda menetapkan had masa untuk sesuatu sesi atau majlis, pastikan anda peka mengenai perkara ini. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda membahagikan masa untuk sesi-sesi tertentu seperti posing di atas pelamin, dalam bilik pengantin dan sebagainya. Pengurusan masa yang tidak cekap akan membuatkan jurugambar tergesa-gesa mengejar masa dan ini akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang dihasilkan. Melengah-lengahkan aturcara majlis, leka bersembang dengan rakan-rakan tetamu adalah antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesuntukan masa. Sila berbincang dengan jurugambar anda jika tambahan masa diperlukan. Walau bagai mana pun sila maklumkan kepada jurugambar jika anda betul- betul perlu untuk meluangkan masa atas sebab-sebab tertentu. Mungkin di sini jurugambar boleh membuat pengubahsuaian ke atas sesi-sesi seterusnya.

6) Jika terdapat sesi outdoor untuk hari yang sama selepas majlis, sila pastikan tempat pilihan untuk penggambaran tidak terlalu jauh dari lokasi majis sehingga mengambil masa berjam-jam perjalanan. Ini adalah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh jurugambar dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Perjalanan yang jauh mungkin menyebabkan kesuntukan masa dan juga boleh menambah keletihan kepada kedua-dua pengantin dan jurugambar.

Akhir sekali, antara tips yang paling bagus adalah dengan mencari jurugambar perkahwinan yang betul-betul professional dan berpengalaman untuk merakamkan saat-saat indah hari bahagia anda.  Semua tips di atas akan menjadi sia-sia jika jurugambar yang anda pilih masih lagi baru dalam bidang ini.

[SILA DOWNLOAD VERSI EBOOK PERCUMA DI SINI]

Jangan baca sorang-sorang...SHARE dengan kawan-kawan:

Ditulis oleh: Azizan Aziz (Jurugambar Perkahwinan Penang)

Jurugambar perkahwinan malaysia, jurugambar perkahwinan pulau pinang, jurugambar perkahwinan penang, pakej fotografi perkahwinan penang, wedding photographer malaysia, wedding photographer penang, jurugambar perkahwinan kedah, gambar kahwin, gambar kahwin cantik, fotografi perkahwinan, fotografer perkahwinan, fotokahwin, pakekj fotografi perkahwinan, jurugambar utara, jurugambar perkahwinan utara, jurugambar perkahwinan sungai petani, jurugambar perkahwinan kedah