tips01

"pelamin hanya untuk dipamerkan 5 jam...baju pengantin dan solekan hanya untuk dipakai 5 jam...tapi foto kahwin untuk ditatap selagi nyawa dikandung badan."

CARA BIJAK UNTUK MEMILIH JURUGAMBAR PERKAHWINAN

Kepada bakal pengantin, memilih jurugambar perkahwinan adalah satu tugasan yang tak kurang pentingnya selain dari mencari pembekal dekorasi, katering dan jurusolek. Jurugambar adalah SAKSI dan mempunyai BUKTI untuk 'big day' anda di mana merekalah yang akan merakamkan  gambar untuk pelamin anda yang tersergam indah, baju pengantin yang anggun, solekan yang membuat orang terpegun, suasana keriahan majlis dan segala-segalanya terletak kepada KEBIJAKSANAAN jurugambar untuk merakamkan semua ini.

Jadi, JANGAN silap terpilih jurugambar kerana kesemua bukti-bukti ini akan hilang begitu saja jika tidak dirakamkan dengan betul dan secara professional. Tips untuk memilih jurugambar:

1) Jika memilih KUALITI jadikan HARGA perkara kedua
Kualiti dan harganya adalah perkara  yang berjalan seiring. Kualiti di sini adalah dari segi hasil kerja  jurugambar beserta dengan pengalaman dan juga ilmu jurugambar tersebut. Seorang jurugambar yang sebenar akan meletakkan harga yang setara dengan kualiti yang dimilikinya.
2) Jangan sekadar melihat 1,2 atau 10 gambar dari jurugambar tersebut
Jika boleh lihat 100 keping atau lebih hasil kerja mereka, lagi banyak lebih bagus kerana ini akan menunjukkan 'kosistensi' jurugambar tersebut. Ini penting kerana ada sesetengah jurugambar hanya memaparkan beberapa gambar yang cantik sahaja untuk website/blog/fb mereka dan selebihnya tidak ditunjukkan kerana banyak yang tidak menarik. Jika jurugambar yang anda pilih itu hanya memaparkan 5-7 keping gambar saja untuk setiap pasang pengantin, mesti ada sesuatu yang tidak kena.
3) Lihat gambar keseluruhan majlis untuk sesuatu pasangan pengantin itu
Jika boleh dari majlis bermula sehinggalah ke sesi outdoor. Jangan sekadar melihat gambar-gambar outdoor saja kerana di sinilah ramai bakal pengantin yang silap! Majlis kenduri anda bukan ada outdoor sahaja, ia melibatkan suasana dan keadaan keseluruhan majlis, dari mula hinggalah ke akhir majlis.
4) Jurugambar yang professional dan serius dengan kerja mereka mempunyai sekurang-kurangnya blog atau website
Mengapa blog atau website? Ini adalah kerana blog dan website diibaratkan seperti 'galeri dan kedai' jurugambar tersebut. Facebook page juga bagus tetapi blog/website lebih diutamakan kerana ia menunjukkan professionalisme jurugambar tersebut.
5) Jangan sekadar melihat gambar 1 atau 2 pasang pengantin sahaja

Jika boleh lihat gambar-gambar untuk 8-10 pasang pengantin dari jurugambar tersebut dan merangkumi pelbagai lokasi, sebagai contoh: gambar majlis di dewan, di rumah kampung, di dewan ballroom, di kawasan outdoor (wedding garden) dan lain-lain lagi. Ini penting untuk melihat samada jurugambar tersebut mampu atau tidak mengendali gambar di tempat-tempat yang mencabar. Ini adalah kerana ramai jurugambar yang hanya pandai mengambil gambar majlis di tempat tertentu saja dan gagal pada tempat-tempat yang lain!

Semoga tips dari saya ini boleh membantu anda memilih jurugambar yang bakal menjadi saksi hari bahagia anda nanti.

Jangan baca sorang-sorang...SHARE dengan kawan-kawan:

Ditulis oleh: Azizan Aziz (Jurugambar Perkahwinan Penang)

Jurugambar perkahwinan malaysia, jurugambar perkahwinan pulau pinang, jurugambar perkahwinan penang, pakej fotografi perkahwinan penang, wedding photographer malaysia, wedding photographer penang, jurugambar perkahwinan kedah, gambar kahwin, gambar kahwin cantik, fotografi perkahwinan, fotografer perkahwinan, fotokahwin, pakekj fotografi perkahwinan, jurugambar utara, jurugambar perkahwinan utara, jurugambar perkahwinan sungai petani, jurugambar perkahwinan kedah