TIPS2
" Buatlah pilihan yang tepat untuk jurugambar perkahwinan anda kerana satu-satunya perkara yang menjadi milik 'kekal' anda selepas majlis hanyalah memori-memori indah yang diterjemahkan dalam bentuk foto..."
5 TIPS PENGANTIN MUDAH SENYUM

Jurugambar akan mengalami masalah besar jika pengantin susah untuk senyum. Walaupun dalam keadaan biasa pengantin tersebut mudah ketawa dan periang tapi bila berhadapan dengan kamera (untuk sesi posing dan sebagainya) ramai pengantin yang jadi kaku dan sukar untuk senyum!

Jadi untuk mengatasi masalah ini, jurugambar mestilah memainkan peranan yang penting supaya hasil gambar nanti nampak 'natural' dan tidak seperti dibuat-buat.  Antara punca pengantin susah untuk senyum adalah kerana perasaan gementar dan gugup, tiada keyakinan di depan kamera ataupun semasa berada dengan tetamu ataupun mungkin sesuatu yang tidak diingin telah berlaku ataupun ada masalah lain yang timbul semasa hari majlis.

Tips di bawah boleh dipraktikkan oleh jurugambar dan juga pengantin untuk menghasilkan gambar yang akan dilihat sehingga anak cucu.

senyum2
1) Jurugambar mestilah senyum selalu
Pengantin akan mudah tersenyum jika jurugambar itu sendiri murah dengan senyuman! Secara amnya jurugambar tidak perlu menyuruh pengantin untuk senyum jika dia sendiri memulakan penggambaran atau sesi portret dengan senyuman yang manis.
2) Jurugambar perlu memberitahu pengantin yang mereka memang 'awesome'
Puji pengantin berkali-kali kerana pujian ini akan membuatkan mereka berasa lebih yakin semasa penggambaran. Keyakinan yang tinggi akan membuatkan pengantin lebih senang untuk memberi senyuman. Ayat-ayat seperti “Perghh..pengantin saya hari ni memang ‘A’ lah…” atau “Susah nak dapat pengantin awesome macam you all” akan memudahkan kerja jurugambar dan juga pengantin!
3) Tanya soalan-soalan 'gembira' kepada pengantin
Soalan-soalan seperti “Bagaimana you guys berjumpa/berkenalan?” atau “Lepas ni you guys plan nak honeymoon ke mana?” dan sebagainya akan membuatkan pengantin terbayangkan perkara-perkara yang indah dan ini akan membuatkan mereka tersenyum secara spontan.
4) Berlakon ketawa
Minta pasangan pengantin membuat lakonan ketawa. Lagi kuat atau lagi ‘fake’ ketawa itu lagi bagus. Disinilah jurugambar dapat mengambil peluang untuk mendapatkan gambar terbaik, bukan semasa mereka berlakon ketawa TETAPI ketawa yang mereka hasilkan selepas lakonan itu. Maksudnya jurugambar perlu tunggu selepas pengantin habis membuat atau berlakon ketawa ‘fake’ dan kemudian barulah jurugambar shoot!
5) Buat muka 'serious'
Minta pengantin buat muka yang paling serious. Kalau boleh antara yang paling serious sepanjang hayat mereka. Sesiapa pun tak dibenarkan senyum dan jikalau ada yang tersenyum, mereka terpaksa ulangi proses yang sama. Sepanjang sesi ‘serious’ ini jurugambar akan mendapat beberapa shot di mana pengantin tidak dapat menahan wajah serious mereka dan mereka akan ketawa secara tidak sengaja!

Sila jangan baca sorang-sorang...SHARE dengan kawan-kawan:

Ditulis oleh: Azizan Aziz (Jurugambar Perkahwinan Penang)

Jurugambar perkahwinan malaysia, jurugambar perkahwinan pulau pinang, jurugambar perkahwinan penang, pakej fotografi perkahwinan penang, wedding photographer malaysia, wedding photographer penang, jurugambar perkahwinan kedah, gambar kahwin, gambar kahwin cantik, fotografi perkahwinan, fotografer perkahwinan, fotokahwin, pakekj fotografi perkahwinan, jurugambar utara, jurugambar perkahwinan utara, jurugambar perkahwinan sungai petani, jurugambar perkahwinan kedah