Home /

PANDUAN AFFILIATE

PENGENALAN

AFF05

Terima kasih kepada yang mendaftar untuk menjadi ajen affiliate kepada program ini. Panduan ini dihasilkan bagi mereka yang belum pernah melakukan mana-mana program affiliate sebelum ini. Bagi mereka yang mahir atau arif mengenai affiliate, anda boleh guna teknik yang anda sendiri hasilkan. Panduan yang saya sediakan ini masih tidak lengkap tetapi akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Untuk panduan affiliate ini saya akan mulakan dengan teknik promosi melalui facebook terlebih dahulu kerana itulah teknik yang paling mudah kerana hampir semua ajen yang mendaftar mempunyai akaun facebook.

Seperti yang dapat dilihat pada carta atas, program affiliate sebenarnya MUDAH tetapi MENCABAR. Ianya mudah kerana kerja anda hanyalah mempromosi link affiliate sahaja. Anda tidak berurusan dengan pembeli, anda tidak berurusan untuk penghantaran produk dan anda tidak berurusan mengenai masalah yang dihadapi oleh pembeli. Semua ini diuruskan 100% oleh pembekal iaitu saya. Mencabar kerana anda perlu rajin dan tabah semasa mempromosikan link anda tersebut. Ada kalanya tiada siapa pun yang akan klik pada link anda dan jika ada yang klik pun tidak membeli. Di sinilah pentingnya strategi dan teknik yang banyak diguna pakai oleh pakar-pakar affiliate di luar sana.

Saya akan mencuba yang terbaik untuk memberikan anda dengan strategi dan teknik yang saya pernah gunakan dan juga teknik yang saya rasakan berkesan untuk program affiliate ini. Pada masa yang sama saya juga akan memberi tips-tips yang diperolehi dari pakar-pakar affiliate di luar sana. Selamat membuat promosi kepada semua ajen!

PROMOSI MELALUI FACEBOOK

 

LANGKAH 1: PENDEKKAN LINK AFFILIATE ANDA (OPTIONAL)

Jika anda tidak mahu link anda dikesan sebagai link affiliate, anda boleh menggunakan servis dari bitly.com untuk menukarkan link anda yang panjang itu ke dalam bentuk: bitly.com/[ayatandasendiri]

Sebagai contoh: bitly.com/belajarfotokahwin atau bitly.com/jomcuba dan sebagainyan. Elakkan menggunakan link seperti bitly.com/4rst2 yang mana mungkin ianya akan disekat oleh facebook kerana terdapat kombinasi huruf dan nombor yang mana boleh dikategorikan sebagai link spam oleh facebook.

Mula sekali ‘copy’ link affiliate dari Ruangan Affiliate  anda .

AFF01

Kemudian pergi ke www.bitly.com dan ‘paste’ link anda tadi seperti di bawah:

AFF02

Anda akan diberi pilihan untuk memilih bitly anda sendiri. Masukkan bitly yang anda senang ingat dan tak perlu salin di mana-mana untuk menggunakannya. Untuk link saya sendiri saya menggunakan www.bitly.com/efkazizan dimana efk adalah singkatan untuk EbookFotoKahwin. Cuba bitly yang lain jika apa yang anda pilih sudah pun digunakan oleh orang lain.

AFF03

 

LANGKAH 2: HASILKAN SENARAI ‘STATUS’ AYAT JUALAN

Fikirkan atau buat ayat status yang tidak ke arah ‘menjual’ kerana ianya nampak lebih ‘natural’ dan anda tidak kelihatan mendesak untuk memaksa pembaca untuk membeli. Status yang natural ini lebih bagus untuk menarik ramai pembaca supaya klik pada link anda. Gunakan status yang mengandungi unsur ’emosi’ dan lebih kepada pengalaman anda sendiri jika anda seorang jurugambar perkahwinan. Gunakan status yang memberi penyelesaian kepada masalah-masalah jurugambar perkahwinan. Berikut adalah contoh:

[ut_one_half]

“Masa first time shoot wedding dulu gelabah la sikit…mana taknya buat wedding tapi tak pernah pergi belajar mana-mana..ilmu pun tak cukup, sampai tempat kenduri semua tengok kita satu macam, kita lagi la rasa macam-macam hahaha…tetapi sekarang dengan tutorial ni rasa semua macam senang je. Boleh tengok tutorial yang saya guna di sini [link affiliate anda]

[/ut_one_half]

[ut_one_half_last]

“Tengah belajar nak jadi jurugambar wedding yang berjaya, doakan saya kawan-kawan semua…[link affiliate anda]

“Esok nak shoot wedding disekian-sekian tempat…pengantin pun nampak macam sporting…insyaAllah berkat ilmu kat sini [link affiliate anda] harap-harap semua berjalan lancar”

[/ut_one_half_last]

“2 tahun lepas saya cari buku fotografi perkahwinan di Popular Bookstore…MPH pun saya cari..memang ada tapi rasa macam tak lengkap. Nasib baik baru-baru ni member ada rekomen satu modul dalam bentuk ebook…ebook?…macam best pulak, saya try tengok dan memang lengkap, rugi rasanya tak dapat awal2 dulu 🙁 [link affiliate anda]

KLIK UNTUK SENARAI AYAT & CONTOH GAMBAR

 

LANGKAH 3: PROMOSI PADA WALL ATAU FANPAGE ANDA

Semua status di atas anda boleh letak pada wall fb anda ataupun pada wall fanpage anda. Jika anda meletakkan status beserta link, anda boleh ‘matikan’ preview link tersebut supaya status anda tidak keluar bersama-sama dengan preview website. Ini adalah untuk memberi elemen ‘surprise’ untuk menarik minat pembaca supaya klik. Sebab itu disarankan mengguna link bitly supaya elemen ‘surprise’ ini lebih kuat.

AFF04

Untuk status di wall fb, anda boleh letak 2-3 status dalam sehari. Manakala untuk page pula anda boleh letak 4-5 status dalam sehari. Pastikan setiap status anda kelihatan berbeza supaya pembaca tidak bosan. Dari segi masa untuk post status pula saya akan buat pada ‘fb peak hours’ iaitu antara 9-10 pagi, 12-2 ptg, 4-5ptg, 8-10mlm dan mungkin 12-2 pagi bagi yang tidur lewat.

LANGKAH 4: PROMOSI PADA GROUP FOTOGRAFI DI FACEBOOK

Selain dari wall anda dan fanpage, facebook groups juga adalah salah satu tempat yang sesuai untuk anda promosikan link affiliate. Terdapat beratus mungkin beribu group fotografi difacebook tapi hanya beberapa saja yang saya rasakan sesuai untuk membuat promosi. TETAPI PASTIKAN PROMOSI ANDA MENGIKUT GUIDELINE YANG SAYA AKAN BERIKAN INI. Untuk senarai group fotografi yang saya gunakan anda boleh lihat DI SINI. Anda boleh promosikan pada group yang saya cadangkan ataupun pada group yang anda sudah biasa dan dirasakan sesuai. Cuba cari jumlah ahli yang melebihi 1000 orang dan ke atas.

Untuk group, status yang patut diletakkan masih sama cuma kalau boleh lebihkan status yang bergambar (lebih baik kalau gambar itu gambar hasil kerja anda sendiri sebagai jurugambar perkahwinan). Status yang tak bergambar boleh diletakkan tapi cuba kurangkan. Walaupun group tersebut penuh dengan iklan jualan gajet dan sebagainya, pastikan anda post status yang memberi ‘ilmu’ kepada ahli dalam group tersebut kerana jika anda post status jualan yang sama macam orang lain, kemungkinan besar post anda dalam group tu diabaikan dan tiada siapa pun yang baca dan klik link affiliate anda.

Dari segi kekerapan, saya cadangkan anda lihat berapa jumlah group yang anda ingin promosikan. Katakanlah anda ada 40 group yang menjadi target. Apa yang saya buat biasanya dalam satu minggu itu saya akan target hari isnin+selasa dan kemudian hari khamis+jumaat. Ini bermakna untuk isnin+selasa saya perlu habiskan 40 group dalam masa 2 hari. Saya syorkan hanya post ke 4-6 group dalam satu jam pada waktu-waktu ‘fb peak hours’ seperti di atas. Dalam sehari anda boleh habiskan 20 group atau lebih dan sambung bakinya pada keesokan hari. Perkara yang sama diulang untuk hari Khamis+Jumaat. Anda boleh lakukan setiap minggu tapi saya sarankan supaya anda selang seminggu. Waktu yang paling baik adalah pada minggu gaji pekerja dikeluarkan. Klik SINI untuk melihat tarikh gaji untuk kakitangan kerajaan. Sebagai guideline, minggu ke-3 setiap bulan anda boleh promote secara sambilan. Tetapi pada minggu ke-4 anda perlu promote habis-habisan dan promote kembali secara sambilan pada minggu pertama bulan berikutnya. Minggu kedua setiap bulan selalunya adalah minggu ‘kering’ bagi yang makan gaji tetapi tidak salah untuk membuat promosi sekali-sekala pada waktu ini.

Anda mungkin tertanya-tanya takkan nak mengadap depan komputer 24 jam semata-mata nak update status? Jangan risau, anda tak perlu pun pc untuk buat semua ini. Guna smartphone sudah memadai. Walaupun ada software yang anda boleh update secara automatik ke beratus-ratus group di fb tapi saya tak sarankan. Sebab anda tak perlu sampai beratus-ratus group sebenarnya. Buat secara ‘manual’ rasanya lebih selamat dan berkesan.

Untuk tujuan ini saya guna applikasi google ‘Facebook Groups’. Apps ini amat mudah kerana anda boleh menyenaraikan semua facebook groups yang anda suka sebagai ‘favourites’. Cuma masalahnya anda dihadkan kepada 42 groups saja untuk ruangan favourites ini. Tapi ini saya rasa sudah cukup anda membuat promosi seperti yang diterangkan sebelum ini. Dengan aplikasi ini ianya amat mudah kerana anda tak perlu search group untuk membuat posting kerana semuanya sudah tersenarai di depan anda. Hanya klik pada icon group tersebut dan klik ‘post’ atau ‘photos’. Ayat status anda boleh buat siap-siap dan sediakan dalam apa-apa aplikasi notepad untuk smartphone (saya gunakan SimpleNote untuk Samsung). Anda perlu copy dan paste kan pada status di group tadi satu per satu. Jika anda gambar, anda boleh upload atau download gambar tersebut siap-siap ke dalam smartphone anda.

KLIK UNTUK SENARAI AYAT & CONTOH GAMBAR