portraitor

Sekitar tahun 2007, gambar-gambar editing dari Dave Hill (www.davehillphoto.com) menjadi kegilaan ramai jurugambar, termasuklah diri saya sendiri. Ramai jurugambar yang cuba meniru kesan editing beliau ketika itu, samada di Malaysia ataupun di luar negara.

Banyak tutorial di keluarkan di Youtube dan juga di website-website editing. Kesemua tutorial tersebut saya telah cuba tetapi malangnya tiada satu pun yang menjadi. Pada ketika itu juga jurugambar Jill Greenberg (www.jillgreenberg.com) menghasilkan gambar seperti Dave Hill tetapi dengan kesan yang agak berlainan sedikit.

Sebelum Editing
KB-beforre
Selepas Editing
KB-after
Talent: Kukubesi
Photography & Editing: Azizan Aziz

Gambar-gambar dari Jill Greenberg lebih kepada ‘close-up portrait’ pada ketika itu. Saya teruskan usaha mencari tutorial editing teknik Jill Greenberg ini tapi malangnya hasilnya tetap sama. Pada penghujung tahun 2008, ketika saya sedang mencari-cari tutorial di internet, saya terjumpa sekeping imej dari Jill Greenberg yang tidak di edit.

Dari situ saya mendapat idea untuk membuat proses ‘Reverse Engineering’ di mana dengan melihat gambar original dan gambar hasil akhir selepas editing, saya mengkaji berbezaan kedua-duanya dari segi warna, kecerahan, contrast dan lain-lain lagi. Dari sinilah saya mula menghasilkan teknik editing ini sedikit demi sedikit dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Sebelum Editing
sham-b4
Selepas Editing
sham-after
Talent: Sham Deelapena
Photography & Editing: Azizan Aziz

Sepanjang mencuba teknik ini, KESILAPAN utama yang saya (dan jurugambar-jurugambar lain) lakukan adalah tidak memberi penekanan kepada aspek PENCAHAYAAN. Kedua-dua jurugambar Dave Hill dan Jill Greenberg memberi keutamaan kepada pencahayaan dalam hasil karya mereka. Tanpa pencahayaan, hasil editing mereka tidak akan menjadi.

Setahun selepas mendalami teknik editing ini saya mencuba pula untuk memperbaiki teknik pencahayaan supaya gambar yang diperolehi mudah untuk diedit dan hasilnya adalah seperti yang anda lihat dalam website ini.

Sebelum Editing
ninja-b4
Selepas Editing
ninja-after
Talent: Jalina
Photography & Editing: Azizan Aziz

Kesemua gambar yang anda lihat di atas menggunakan Pencahayaan 4-point di mana terdapat side light, main light, fill light dan juga beberapa pencahayaan tambahan (optional).

Berikut adalah kemahiran asas Photoshop yang diperlukan untuk memahirkan diri dengan Teknik Editing Portraitor ini:

  • Penggunaan Brush Tool (mengubah saiz, hardness dan opacity berus)
  • Penggunaan Adjustment Layers (Curves, Levels)
  • Penggunaan Healing Brush Tool
  • Penggunaan Filter Unsharp Mask
  • Penggunaan Filter High Pass
  • Penggunaan Magic Wand Tool
  • Penggunaan Layers (Blending mode, opacity, create new layer, copy layer)
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDALAMI TEKNIK INI SILA DAPATKAN EBOOK TUTORIAL DI BAWAH (klik pada gambar):