Home /

strobistworkshop

APAKAH ITU STROBIST?

Strobist berasal dari perkataan ‘strobe’ yang bermaksud lampu yang digunakan dalam bidang fotografi seperti flash dan lampu studio (studio light). Jadi ‘strobist’ bermaksud jurugambar yang menggunakan flash atau lampu studio untuk tujuan pencahayaan. Nama lain bagi teknik ini ialah off-camera flash atau off-camera lighting.

 

APAKAH TEKNIK PENCAHAYAAN PORTRAITOR?

Teknik ini adalah salah satu teknik di dalam stobist di mana tujuan pencahayaannya adalah untuk mendapat kesan 3-dimensi (3D) pada subjek. Teknik ini boleh dilakukan secara indoor (studio) dan juga secara outdoor. Melalui penggunaan peralatan, susunan lampu (flash) beserta setting yang sesuai, gambar yang terhasil akan kelihatan seperti menggunakan peralatan professional di dalam studio.

Teknik pencahayaan ini boleh dipraktikkan menggunakan apa-apa saja peralatan pencahayaan yang ada, samada mahal atau murah. Tetapi untuk bengkel ini saya akan menekankan pada peralatan yang paling ‘bajet’ tetapi boleh menghasilkan gambar seperti professional.

Gabungan teknik pencahayaan ini beserta dengan TEKNIK EDITING PORTRAITOR, kesan gambar yang diperolehi adalah seperti gambar-gambar komersil yang anda lihat pada majalah, poster filem dan juga dalam pengiklanan.

 

SILIBUS BENGKEL

  • Peralatan pencahayaan utama yang perlu ada
  • Pemahaman ‘synch speed’ untuk pemilihan nilai shutter speed
  • Pemilihan aperture yang sesuai bergantung kepada keadaan cahaya sekeliling
  • Pemilihan power flash dan kesan cahaya yang diingini
  • Pemilihan lokasi dan cara melihat cahaya sekeliling sebelum set-up
  • Cara set-up subjek dan peralatan yang lain
  • Cara melihat kesan cahaya pada subjek untuk mendapat hasil yang diingini

 

KEPERLUAN PESERTA BENGKEL

  • Kamera DSLR (nikon / canon)
  • Lens (semua jenis lens boleh digunakan tetapi keutamaan pada lens 50mm)
  • Flash (semua jenis flash boleh digunakan, keutamaan pada high power flash)
  • Bateri AA (4 biji atau lebih untuk kegunaan flash)

 

YURAN DAN CARA PEMBAYARAN

HARGA KURSUS: RM120  / BAYARAN TEMPAHAN (BOOKING): RM20

Dibayar ke akaun MAYBANK 157139740919 (azizan abul aziz / emel: admin@ebookfotografi.com)

Sms / whatsapp “NAMA+PAID” ke 016-4102520 selepas pembayaran. Lokasi bengkel akan diberi melalui whatsapp.

TERIMA KASIH!


 

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/BANNER-TEP.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/teknikportraitor” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]

[ut_animate_image image=”http://azizanaziz.com/wp-content/uploads/2015/12/FEDbanner.jpg” link=”http://www.azizanaziz.com/ebookpercuma” effect=”fadeIn” align=”center” target=”_blank”]